Peminjam PTPTN berpendapatan RM2,500 ke bawah diberi penangguhan bayaran balik

LocalPersonal Finance
9 Oct 2026 • 4:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Peminjam PTPTN berpendapatan RM2,500 ke bawah diberi penangguhan bayaran balik

PETALING JAYA: Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2027 khusus kepada peminjam yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan.   

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, manakala bagi peminjam yang berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan, kadar bayaran balik minimum yang dikenakan hanya RM50 sebulan.

Katanya, pelaksanaan langkah keprihatinan berkenaan bakal memberi manfaat dan meringankan beban kewangan kepada lebih 400,000 peminjam PTPTN di seluruh negara.

“Bagi menggalakkan budaya bertanggungjawab, kerajaan turut menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus kepada peminjam yang tidak mempunyai sebarang tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. 

The post Peminjam PTPTN berpendapatan RM2,500 ke bawah diberi penangguhan bayaran balik appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved