Ramai Puji Tindakan Kanak-Kanak Belanja Pak Cik Lepas Dilihat Kutip Sisa Makanan Untuk Makan [Video]

20 May 2025 • 12:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kalau sudah namanya manusia, pasti tidak lari dari ujian dan cabaran dalam kehidupan.

Ada yang diuji dengan wang ringgit, ada juga individu yang diuji dengan perkara lain seperti kesihatan.

Kadangkala, melihat kesusahan orang lain juga boleh menjadi ujian buat individu sama ada mahu menghulurkan bantuan atau membiarkannya sahaja.

Namun sebagai insan yang prihatin, pasti tidak sanggup melihat orang lain berada dalam kesusahan.

Kanak-Kanak Terus Hulur Bantuan, Belikan Makanan Lepas Lihat Pak Cik Kutip Sisa Makanan

Itulah yang dilakukan oleh dua orang kanak-kanak apabila melihat seorang lelaki mengutip sisa makanan di meja sebuah medan selera hanya untuk mengisi perutnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh ibu mereka di TikTok @ijahmad90, kanak-kanak lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Irfan dan Idlan menghampiri lelaki yang digelar pak cik sewaktu dia sedang duduk di satu meja.

Pada mulanya, dapat dilihat Irfan yang berusia 10 tahun membeli makanan berupa nasi ayam sebelum dia bersama adiknya menghampiri lelaki tersebut dan memberi makanan itu.

“Pak cik ni kutip makanan leftover (sisa makanan) atas meja. Tak sampai hati kami tengok.

“Anak sulung saya cepat-cepat pergi beli makanan. Good boy sayang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pak Cik Sebenarnya ‘Kurang Sihat’, Tak Sanggup Lihat Warga Emas Jamah Sisa Makanan

Kongsi Ijah kepada BuzzKini, pak cik berkenaan sebenarnya berada dalam keadaan ‘kurang sihat’.

Dek kerana simpati melihat tindakan lelaki itu yang mengutip sisa makanan dan mencampurkannya ke dalam pinggan untuk makan, anak lelakinya terus meminta duit untuk membelikan makanan yang baharu.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di medan selera sebuah pasar raya di Kota Bahru Kelantan.

@ijahahmad90

Pakcik ni kutip makanan leftover atas meja. Tak sampai hati kami tgk😫 Sulung i cepat2 hungga g beli🩷😘 Good boy syg😘

♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Puji Perbuatan Baik Kanak-Kanak, Rupanya Ada Yang Pernah Bertemu Pak Cik

Video yang telah mendapat lebih 108,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan memuji perbuatan baik si cilik berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah berjumpa dan menghulurkan bantuan kepada lelaki yang digelar pak cik itu.

Pada masa yang sama, ada juga yang memuji ibu bapa kanak-kanak berkenaan kerana berjaya memberi didikan sempurna kepada si cilik itu.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Terima Kasih Kak Sebab Dah Tolong Pak Cik Tu, Tahniah Sebab Ada Anak Bujang Yang Sangat Prihatin”

image is not available

“Anak Yang Baik Datang Daripada Didikan Ibu Bapa Yang Hebat”

image is not available

“Pernah Bagi Roti Dekat Pak Cik Ni, Dia Makan Tapi Lepas Tu Dia Pergi Meja Lain Pula Kutip Makanan Yang Orang Makan Tak Habis”

image is not available

“Good Boy! Bagus Sangat Didikan Parents Awak Dik, Semoga Besar Jadi Orang Yang Berguna & Berjaya”

image is not available

Source: