Pempengaruh dalam radar saman fitnah kes Rocky

LocalPolitics
20 Aug 2026 • 12:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pempengaruh dalam radar saman fitnah kes Rocky

KLANG – Sejumlah individu termasuk pempengaruh, kini dalam radar untuk dikenakan tindakan sivil selepas memfitnah seorang penghantar makanan, Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, dalam kes kekecohan penangkapan anjing liar dikenali Rocky, sebelum ini.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, kumpulan individu tersebut dikenal pasti antara yang membuat hantaran yang mengaibkan Muhamad Shah sehingga mendatangkan ancaman pemuda itu.

Katanya, berdasarkan pertuduhan jelas tidak menyatakan istilah bunuh, seksa dan memukul dengan kuat sehingga menyebabkan kematian.

“Kita dalam proses, ramai orang sebenarnya yang telah menulis pelbagai perkara dengan mereka ini daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang duduk dalam Parlimen, sekarang tidak duduk lagi pun ada juga,” katanya pada sidang akhbar, di lobi pekarangan Mahkamah Klang.

Beliau turut meminta mana-mana yang melabelkan Muhammad Shah sebagai seorang yang kejam dan pembunuh haiwan agar membuat permohonan maaf secara terbuka.

Namun ketika ditanya sama ada mereka yang telah membuat permohonan maaf itu akan dikecualikan daripada tindakan saman, Muhammad Rafique berkata ia bergantung kepada jenis permohonan maaf dilakukan mereka.

“Sebab bila mereka bercakap, membuat kenyataan atau menulis, kesan bukan pada diri mereka sebaliknya kepada diri Shah dan keluarga selain rakan-rakannya malah penduduk kawasan itu dari segi ancaman keselamatan.

“Minta maaf cakaplah kadang-kadang semuanya dilabelkan macam satu kaum saja yang yang kena bersalah ini. Kita berterus terang,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya belum mendapat sebarang perkembangan berhubung laporan polis dibuat sebelum ini terhadap ancaman kepada Muhammad Shah.

“Ingin ditegaskan bahawa Shah bukan kakitangan daripada mana-mana jabatan. Dia tidak bekerja dengan Majlis Bandaraya Diraja Klang sebaliknya merupakan sukarelawan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Muhammad Shah dan wanita dikatakan pemilik anjing Rocky, S. Roghini Devi, 42, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Shah didakwa secara tidak munasabah telah menjerut seekor anjing jantan menggunakan tali gelung (loop) sehingga menyebabkan kesakitan ke atas haiwan itu.

Manakala, Roghini didakwa secara tidak munasabah menarik anjing sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama. – KOSMO! ONLINE

The post Pempengaruh dalam radar saman fitnah kes Rocky appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved