Sejumlah individu termasuk pempengaruh kini berada dalam radar untuk dikenakan tindakan sivil selepas didakwa memfitnah penghantar makanan, Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, susulan kes kekecohan ketika operasi penangkapan anjing liar dikenali sebagai Rocky.
Peguam Muhammad Shah, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu yang didakwa membuat hantaran mengaibkan anak guamnya sehingga memberi kesan serta mendatangkan ancaman terhadap pemuda berkenaan.
Advertisement
Menurutnya, berdasarkan pertuduhan yang dibacakan di mahkamah, tiada istilah seperti membunuh, menyeksa atau memukul dengan kuat sehingga menyebabkan kematian digunakan terhadap Muhammad Shah.
“Kita dalam proses, ramai orang sebenarnya yang telah menulis pelbagai perkara dengan mereka ini daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang duduk dalam Parlimen, sekarang tidak duduk lagi pun ada juga.”
Muhammad Rafique berkata demikian dalam sidang media di lobi pekarangan Mahkamah Klang.
Dalam masa sama, beliau meminta mana-mana pihak yang sebelum ini melabelkan Muhammad Shah sebagai individu kejam atau pembunuh haiwan supaya membuat permohonan maaf secara terbuka.
Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada individu yang sudah membuat permohonan maaf akan dikecualikan daripada tindakan saman, beliau berkata perkara itu bergantung kepada bentuk permohonan maaf yang dilakukan.
“Minta maaf cakaplah kadang-kadang semuanya dilabelkan macam satu kaum saja yang yang kena bersalah ini. Kita berterus terang.”
Mengulas lanjut, Muhammad Rafique berkata pihaknya masih belum menerima sebarang perkembangan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini berkaitan ancaman terhadap Muhammad Shah.
View this post on Instagram
Beliau turut menegaskan bahawa Muhammad Shah bukan kakitangan mana-mana jabatan atau Majlis Bandaraya Diraja Klang, sebaliknya bertindak sebagai sukarelawan.
Terdahulu, Muhammad Shah dan wanita yang dikatakan pemilik Rocky, S. Roghini Devi, 42, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan masing-masing.
Sementara itu, Roghini pula didakwa secara tidak munasabah menarik anjing sama. – KOSMO ONLINE
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anjing Rocky : Pemilik Didakwa Tarik Tali, Manakala Shah Dituduh Jerut Guna Peralatan Gelung Tali 'Loop'
The post “Pempengaruh, Yang Dalam Parlimen Pun Ada…” – Peguam Muhammad Shah Dedah Ramai Dalam Radar Tindakan Sivil Kes Fitnah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





