“Pen Merah Pen Biru, Hidup I Best Bila Ada You” - Fattah Amin Titip Ucapan Hari Jadi Romantik Buat Isteri

27 Oct 2026 • 7:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

“Pen Merah Pen Biru, Hidup I Best Bila Ada You” - Fattah Amin Titip Ucapan Hari Jadi Romantik Buat Isteri

Pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian apabila menitipkan ucapan romantik buat isterinya, Amira Othman sempena sambutan hari lahir yang ke-33.Menerusi perkongsian di Instagram, Fattah meluahkan rasa syukur atas kehadiran isterinya yang disifatkan sebagai insan istimewa, terutama ketika dirinya memerlukan sokongan.“Selamat Hari Lahir isteri syurgaku. Terima kasih hadir di saat saya memerlukan kamu. Semoga Allah pelihara kamu dan rumah tangga kita hingga ke syurga.“Jap, saya nak bagi pantun. Pen merah pen biru, hidup I best bila ada you 😆👼💙 I love you ayang,” tulisnya.Menerusi perkongsian sama, Fattah berkongsi menyambut hari kelahiran isterinya bersama kenalan rapat dalam satu majlis tertutup.Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan artis serta netizen turut menzahirkan ucapan hari jadi buat Amira Othman.Sekadar Info, Amira Othman telah sah bergelar isteri kepada Fattah Amin dengan sekali lafaz pada malam 14 September 2025 di Golden Palm Tree Resort, Sepang. Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dan romantis, dengan tarikh tersebut dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Fattah.Pasangan ini juga dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Jarir Umar Abdul Fattah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved