
Pelakon Anzalna Nasir antara yang tidak terlepas memberi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instastory, Anzalna memberitahu biarpun mereka jarang bertemu namun Amira sentiasa di hatinya. “Happy birthday to my darling girl! Kita mungkin jarang bertemu satu sama lain tapi awak sentiasa dekat dalam hati saya. “You're such a sweetheart always supporting my business, being so caring and funny,” tulis Anzalna. Pada perkongsian yang sama, Anzalna turut menitipkan doa buat rakan baiknya itu. “Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan segala urusan dipermudahkan Allah. “May you always be surrounded by love and happiness! Love you,” katanya.






