Pencuri ‘intai’ rumah sebelum kebas barang RM25,000

22 Aug 2026 • 5:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pencuri ‘intai’ rumah sebelum kebas barang RM25,000

AMPANG JAYA – Sebuah rumah di Taman Wangsa Ukay, Bukit Antarabangsa, di sini dipecah masuk ketika pemiliknya berada di tempat kerja sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM25,000.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 12 tengah hari semalam selepas rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) rumah mangsa menunjukkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berhenti di hadapan rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, seorang lelaki dilihat turun dari kereta tersebut sebelum dipercayai memecah masuk rumah mangsa.

“Suspek dipercayai melarikan pelbagai jam tangan, barang kemas, sebuah komputer riba dan kad kredit. Jumlah kerugian dianggarkan RM25,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang ketika itu berada di tempat kerja membuat semakan ke atas rakaman CCTV di rumahnya pada pukul 4 petang. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Pencuri ‘intai’ rumah sebelum kebas barang RM25,000 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved