Pendaki warga Singapura terjatuh di kawasan berbatu ketika turun Gunung Datuk

30 May 2026 • 11:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pendaki warga Singapura terjatuh di kawasan berbatu ketika turun Gunung Datuk
Pasukan Keluaran Operasi kemudian mendaki ke lokasi mangsa berada, iaitu kira-kira dua kilometer dari kaki gunung, dan membawanya turun menggunakan pengusung.

SEREMBAN - Seorang lelaki warga Singapura cedera selepas dipercayai terjatuh di kawasan berbatu ketika menuruni Gunung Datuk, Rembau di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Pegawai Bomba Tinggi II, Asnizam Kamberon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden yang menimpa mangsa berusia 52 tahun itu pada 10.29 pagi.

"Mangsa antara 11 orang yang menyertai aktiviti pendakian ke puncak Gunung Datuk dengan diiringi dua Malim Gunung Perhutanan Negeri Sembilan.

"Dia dipercayai terjatuh di kawasan berbatu berhampiran tangga puncak ketika menuruni gunung berkenaan dan mengalami kecederaan patah pada tangan kanan,” katanya kepada Bernama.

Asnizam berkata, Pasukan Keluaran Operasi kemudian mendaki ke lokasi mangsa berada, iaitu kira-kira dua kilometer dari kaki gunung, dan membawanya turun menggunakan pengusung.

Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan bagi tindakan selanjutnya, dan operasi melibatkan lima anggota itu tamat pada 2.28 petang.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved