Pendakwah bebas, isteri bakal didakwa kes seleweng dana NGO

LocalPolitics
25 Aug 2026 • 7:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pendakwah bebas, isteri bakal didakwa kes seleweng dana NGO

SEREMBAN – Seorang pendakwah bebas yang juga pempengaruh agama terkenal dan isteri bakal didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok berhubung kes penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai hampir RM13 juta.

Difahamkan pendakwah berusia 30-an itu adalah pengerusi NGO berkenaan, manakala isterinya berkhidmat sebagai setiausaha pertubuhan itu.

Sebelum ini media melaporkan pendakwah bebas yang juga dikenali sebagai pempengaruh agama di media sosial ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana NGO terbabit.

Individu berkenaan dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dan bersubahat dengan ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya serta lapan akaun syarikat yang turut dimilikinya. – KOSMO! ONLINE

The post Pendakwah bebas, isteri bakal didakwa kes seleweng dana NGO appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved