Pendakwah Bebas Terkenal Dan Juga Pempengaruh Ditahan, Hadapi Pertuduhan Seleweng Dana NGO Hampir RM13 Juta

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 10:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang pendakwah bebas terkenal hadir di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan dakwaan penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah hampir RM13 juta.

Memetik laporan Sinar Harian, pendakwah terbabit hadir ke mahkamah sekitar jam 8.30 pagi bersama seorang wanita yang merupakan setiausaha pertubuhan berkenaan. Kedua-duanya hadir bersama peguam masing-masing.

Advertisement

pempengaruh Image from: Pendakwah Bebas Terkenal Dan Juga Pempengaruh Ditahan, Hadapi Pertuduhan Seleweng Dana NGO Hampir RM13 Juta

Sebelum ini, pendakwah berkenaan dilaporkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan dana NGO tersebut.

Siasatan dijalankan susulan dakwaan wujud transaksi kewangan melibatkan sejumlah wang daripada NGO berkenaan yang disalurkan ke akaun peribadi pendakwah itu serta lapan akaun syarikat yang mempunyai kaitan dengannya.

Siasatan SPRM sebelum ini bertujuan meneliti aliran dana berkenaan selain menentukan sama ada wujud unsur salah guna kuasa dalam pengurusan kewangan NGO terbabit. – SINAR HARIAN

Nota: Kehadiran di mahkamah dan pertuduhan tidak bermaksud individu terbabit telah didapati bersalah. Kes masih melalui proses mahkamah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pempengaruh permotoran2026-08-24 12:04:51

'Memandai' Tutup 'Highway' Untuk Berlumba, Pempengaruh Permotoran Antara Yang Ditahan Reman

The post Pendakwah Bebas Terkenal Dan Juga Pempengaruh Ditahan, Hadapi Pertuduhan Seleweng Dana NGO Hampir RM13 Juta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved