SEREMBAN - Pendakwah bebas yang juga pempengaruh agama terkenal tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu untuk berdepan pertuduhan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai hampir RM13 juta.
Selain pendakwah berusia 30-an yang juga pengerusi NGO berkenaan, seorang wanita yang juga setiausaha pertubuhan itu turut berdepan pertuduhan.
Mereka tiba di mahkamah sekitar jam 8.30 pagi bersama peguam.
**media[3626288]**
Media sebelum ini melaporkan pendakwah bebas terbabit yang turut dikenali sebagai pempengaruh agama di media sosial, terutama TikTok ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana NGO terbabit.
Individu berkenaan dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dan bersubahat dengan ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya serta lapan akaun syarikat yang turut dimilikinya.
Siasatan SPRM sebelum ini dijalankan bagi mengenal pasti aliran dana terbabit serta kemungkinan wujud salah guna kuasa dalam pengurusan kewangan NGO berkenaan.






