Pendapatan Express Powerr meningkat 29% kepada RM33.5 juta disokong projek sewaan generator Indonesia

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2026 • 6:12 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pendapatan Express Powerr meningkat 29% kepada RM33.5 juta disokong projek sewaan generator Indonesia Image from: Pendapatan Express Powerr meningkat 29% kepada RM33.5 juta disokong projek sewaan generator Indonesia liza19/08/2026 - 18:12 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Express Powerr Solutions (M) Berhad mencatatkan prestasi lebih baik bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026 (6MFY26) dengan hasil meningkat 29.8% kepada RM33.5 juta berbanding RM25.8 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Syarikat itu berkata peningkatan hasil itu disokong pertumbuhan perniagaan sewaan generator termasuk sumbangan daripada operasi kumpulan ke Indonesia yang mula memberikan kesan positif kepada jumlah jualan dan keuntungan.

 

“Untung kasar bagi 6MFY26 meningkat 13.4% kepada RM17.8 juta daripada RM15.7 juta pada 6MFY25 manakala untung bersih yang boleh diagihkan kepada pemilik syarikat meningkat kepada RM6.4 juta berbanding RM6 juta sebelumnya,” kata Express Powerr dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Prestasi enam bulan itu turut disokong keputusan lebih kukuh pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 (2QFY26), apabila Express Powerr mencatatkan hasil RM20.7 juta, meningkat 59.2% daripada RM13 juta pada suku sama tahun lalu.

 

Untung kasar 2QFY26 meningkat 35.8% kepada RM10.5 juta daripada RM7.7 juta manakala untung bersih meningkat 29% kepada RM4 juta berbanding RM3.1 juta.

 

Jumlah untung bersih RM4 juta itu merupakan prestasi suku tahunan terbaik Express Powerr sejak syarikat disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada September 2025.

 

Perluasan Operasi Ke Indonesia

Menurut syarikat, prestasi lebih baik itu sebahagian besarnya didorong pengembangan geografi ke Indonesia yang meningkatkan jumlah jualan serta membantu memperbaiki keuntungan kumpulan.

 

Express Powerr baru-baru ini memperoleh projek kuasa antarabangsa pertamanya di Indonesia bagi membekal dan menyewakan unit generator dengan jumlah kapasiti 20 megawatt (MW) untuk sebuah loji janakuasa di Lombok.

 

Pengarah Urusan Express Powerr, Lim Cheng Ten berkata prestasi suku kedua menunjukkan kemajuan yang dicapai kumpulan dalam melaksanakan strategi pertumbuhannya dengan perniagaan tenaga sedia ada terus menyediakan asas pendapatan berulang yang stabil.

 

Beliau berkata projek penyelenggaraan terancang turut membuka peluang baharu untuk meningkatkan penggunaan armada generator yang menyokong kestabilan operasi dan potensi pertumbuhan kumpulan.

 

Express Powerr kini mempunyai 181 unit generator, meningkat 57% berbanding setahun lalu dan perkembangan itu membolehkan syarikat mengambil projek yang lebih besar serta kompleks di pasaran sedia ada dan baharu.

 

Bagi tempoh akan datang, syarikat akan memberi tumpuan kepada pengembangan loji janakuasanya di Indonesia dan mengukuhkan perniagaan teras penyewaan generator.

 

Pada masa sama, Express Powerr akan terus membangunkan keupayaan tenaga solar fotovoltaik serta memperluaskan pangkalan pelanggannya bagi mempelbagaikan campuran pendapatan kumpulan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved