Penduduk bakal nikmati internet hasil bantuan Kosmo!

LocalTechnology
12 Nov 2026 • 9:10 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penduduk bakal nikmati internet hasil bantuan Kosmo!

PONTIAN – Kira-kira 900 penduduk di Kampung Tampok Laut, Benut, di sini, lega apabila penantian untuk mendapatkan liputan internet yang lebih baik akhirnya bakal tercapai.

Ketua Kampung Kawasan (12) Mukim Benut, Yahya Sulaiman berkata, masalah itu berjaya diselesaikan selepas ia disiarkan Kos­mo!, sekali gus menarik minat syarikat telekomunikasi untuk membantu penduduk kampung.

Katanya, kerja-kerja pembinaan menara telekomunikasi baharu oleh Celcom Digi telah dimulakan pada Oktober lalu.

“Kawasan liputan dijangka sehingga ke kampung-kampung berhampiran seperti di Kampung Parit Makuaseng di mana terdapat Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bugis dan sebuah pusat tahfiz.

“Alhamdulillah kerja-kerja dijangka siap dalam seminggu dua lagi bagi memboleh penduduk menikmati capaian internet lebih tinggi terutama bagi pelajar dan usahawan e-dagang,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Mustafa Mantong, 67, berkata, pembinaan pencawang te­lekomunikasi itu merupakan ‘hadiah’ kepada penduduk.

“Sudah tentu ia akan memberikan kemudahan perhubungan yang lebih baik kepada semua penduduk terdiri daripada pekebun kelapa, kelapa sawit dan nelayan untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka,” katanya.

Kosmo! pada 21 Jun 2019 melaporkan sepasang suami isteri di Kampung Tampok Laut, Benut, di sini, resah memikirkan nasib empat anak mereka yang sukar mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah ekoran masalah capaian internet yang lemah.

The post Penduduk bakal nikmati internet hasil bantuan Kosmo! appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved