Pengadil buat silap besar – Carrick

FootballSports
15 Sep 2026 • 7:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pengadil buat silap besar – Carrick

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Michael Carrick menyifatkan pengadil membuat kesilapan besar ketika membenarkan jaringan Erling Haaland untuk Manchester City menang 1-0 di Old Trafford, semalam.

Gol tunggal perlawanan itu pada awalnya dibatalkan kerana ofsaid, namun keputusan berkenaan ditukar selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) yang mengambil masa agak lama.

Enzo Fernandez berada pada kedudukan offside ketika cuba menanduk bola sebelum ia sampai kepada Haaland, tetapi pemain Argentina itu dianggap tidak mengganggu permainan.

“Ia merisaukan jika begini keadaannya, jika begitulah cara permainan ini dilihat oleh mereka yang mengadilinya. Saya benar-benar tidak faham, saya tidak boleh faham fikiran mereka,” kata Carrick.

Sementara itu, Lisandro Martinez yang berada dalam situasi kontroversi itu berkata, dia jelas terkesan dengan kehadiran Fernandez dan menganggap gol City itu sebagai satu ketidakadilan.

“Saya pergi ke arahnya kerana dia berada di hadapan saya. Sebab itulah Haaland bebas di belakang. Lima atau enam pengadil melakukan kesilapan sebegini dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Kami pulang ke rumah membawa ketidakadilan ini,” katanya.

United hanya mengumpul empat mata daripada empat perlawanan pembukaan liga, menyebabkan mereka sudah ketinggalan lapan mata di belakang juara bertahan Arsenal serta City.

Dalam pada itu, Badan Pengadil Profesional (Pro Ref) dalam kenyataan selepas perlawanan mengakui keputusan membenarkan gol kemenangan City adalah satu ‘kesilapan penilaian’.

Selepas gol itu menjadi perdebatan peminat, Pro Ref tampil mengesahkan VAR ‘gagal mengenal pasti impak berkemungkinan’ daripada kedudukan Fernandez dan sepatutnya mencadangkan semakan di padang. – AGENSI/UTUSAN

The post Pengadil buat silap besar – Carrick appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved