Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Anis, berkongsi pengalaman ngeri dilaluinya semasa sedang tidur. Menurutnya, peranti powerbank (bank kuasa) yang diletakkan di sebelah kepalanya telah meletup dan terbakar ketika ia sedang dicas.
Wanita Terkejut Nampak Percikan Api Di Sebelah Kepala Selepas Bangun Tidur
Lebih menakutkannya apabila dia melihat percikan api di sebelahnya sewaktu dia bangun daripada tidur.
“Kau tak akan tahu apa yang berlaku di rumah orang lain. Mungkin powerbank meletup dan terbakar masa tengah tidur, pukul 4 pagi . Salah satu pengalaman paling menakutkan untuk saya. Bangun-bangun nampak api dekat sebelah kepala tapi Alhamdulillah Allah nak selamatkan,” katanya.
Wanita Tidak Alami Kecederaan Fizikal Akibat Letupan Powerbank
Namun menurut wanita itu, dia berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal berlaku ekoran kejadian tersebut.
Bagaimanapun menerusi foto perkongsian, kelihatan langsirnya berlubang dan mempunyai kesan terbakar dipercayai disebabkan powerbank terbabit.
‘Wayar Tak Terbakar, Hanya Lapisan Powerbank Yang Meletup’ – Wanita
Jelasnya, powerbank tersebut berada dalam keadaan baik sewaktu digunakan pada waktu petang hari yang sama.
“Tak ada tanda kembung. Saya baru sangat guna powerbank petang sebelum kejadian, semua okay sahaja. Malam tu tiba-tiba terbakar.
“Saya rasa bateri powerbank punca dia, sebab wayar tak terkesan cuma woven (lapisan powerbank) dia cair dekat bahagian yang sambung dengan powerbank, ” katanya kepada seorang netizen.
Wanita Guna Cable Fast Charging Untuk Cas Powerbank
Menurut Anis, dia telah menggunakan adapter dan wayar type C jenis pengecasan pantas (fast charging) untuk mengecas powerbank miliknya itu.
View on Threads
Netizen Seram Lihat Powerbank Yang Terbakar
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang melihat keadaan powerbank yang terbakar itu.
“Omg seramnya. Saya dari dulu memang tak pernah pakai powerbank. Tak kira la bercuti ke apa. Saya memang tak guna atau bawa powerbank. Sanggup la bawa wayar cable tu ke sana sini dari pakai powerbank tu.
“Salah satu sebab ni la. Saya takut dan paranoid,” kata seorang individu.
Ramai Nasihat Elak Cas Powerbank Atas Fabrik Seperti Tilam Atau Karpet
Malah ramai juga menasihatkan wanita tersebut supaya tidak sesekali cas powerbank di atas katil kerana fabrik cadar boleh memerangkap haba sekaligus menyebabkan ia overheat.
“Jangan cas powerbank atas katil, meja, kayu atau kain. Memang tak selamat lebih-lebih lagi cuaca tengah panas sekarang. Cas letak je powerbank atau telefon atas lantai. Kalau telefon panas pun letak atas lantai kejap pun dia akan sejuk balik,” nasihat seorang wanita.
“Hi jurutera di sini. Kalau nak tinggalkan peranti cas dalam tempoh masa lama, pastikan jangan cas atas karpet atau tilam kerana material itu tidak dapat membebaskan haba dengan baik. Cas atas meja, atau lantai boleh sahaja.
“Lepastu adapter kalau boleh elak pakai fast charger 45W ke atas. Memang tak berapa elok pun untuk battery health (kesihatan bateri). Kalau tengah memandu dan cuaca panas, letak powerbank tu jauh-jauh sikit daripada cahaya matahari tu. Tu salah satu sebab bateri cepat kembung,” tambah seorang lagi individu.
‘Tangan Melecur Semasa Angkat Powerbank Meletup’ – Netizen
Sementara itu, ramai juga berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan powerbank terbakar sebelum ini.
“Sama macam apa yang adik saya kena. Terbakar semasa tidur tapi dia sedar satu bilik dah berasap. Otak tak boleh fikir sebab mamai, dia pergi angkat tengah (powerbank) terbakar tu bawa masuk bilik air. Lepas tu powerbank jatuh atas karpet sebelum sampai bilik air.
“Maka melecur la tangan sementara nak sampai bilik air. Nasib tak terbakar rumah,” kata seorang pengguna Threads.
Berikut antara komen-komen netizen:









Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dedah Bahaya ‘Overcharged’ Powerbank, Letupan & Percikan Api Hampir Makan Nyawa [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Powerbank Meletup, Ini 4 Tips Penjagaan Yang Patut Anda Amalkan
Baca Artikel Berkaitan: [Review] Perkenalkan Xiaomi UltraThin Magnetic Power Bank 5000 15W, Luar Biasa Nipis & Ringan!





