Pengamal Perubatan Alternatif Di Senawang Ditahan Disyaki Cabul Wanita, Sentuh Alat Sulit Kononnya Nak Buang Gangguan Jin

6 Aug 2026 • 5:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Pengamal Perubatan Alternatif Di Senawang Ditahan Disyaki Cabul Wanita, Sentuh Alat Sulit Kononnya Nak Buang Gangguan Jin

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan ramai yang mendapatkan khidmat pengamal perubatan alternatif apabila berdepan dengan masalah tertentu seperti gangguan makhluk halus dan sebagainya.

Namun sebagai pesakit kita juga perlu berhati-hati kerana ada segelintir yang menawarkan khidmat ini cuba mengambil kesempatan seperti menipu atau lebih teruk mencabul pesakit.

Pengamal perubatan alternatif di Senawang ditahan selepas disyaki cabul pesakit wanita

Terbaharu seorang pengamal perubatan alternatif telah ditahan polis selepas disyaki mencabul pesakit wanita sewaktu berlangsungnya sesi rawatan dengan alasan untuk membuang gangguan jin.

Menurut polis, setakat ini sebanyak empat laporan telah diterima pihaknya berkaitan pengamal perubatan alternatif berkenaan yang beroperasi di sebuah pusat rawatan di Senawang.

Jelas Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Mohd Shariff suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki yang berusia sekitar 60-an.

Polis sedang jalankan siasatan dan rakam percakapan pengadu, serta saksi

“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cabul membabitkan seorang pengamal rawatan alternatif di sebuah pusat rawatan di Senawang.

“Susulan laporan yang diterima, siasatan dijalankan dengan merakam percakapan pengadu dan saksi-saksi serta memperoleh bahan bukti yang berkaitan,” ujarnya, lapor Berita Harian.

Oleh itu, sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah bertindak menahan lelaki berkenaan pada 27 Julai yang lalu.

Suspek bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan polis

“Suspek kemudian ditahan reman, namun sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan orang ramai untuk tidak melakukan apa-apa spekulasi mahupun menyebarkan maklumat yang tidak sahih sehingga ia boleh menjejas atau mengganggu siasatan.

“Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil menyalurkannya di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Tular di media sosial wanita dakwa dicabul pengamal perubatan alternatif

Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang wanita mendakwa dicabul oleh seorang pengamal perubatan alternatif di kawasan tersebut.

Susulan itu, wanita berkenaan kemudiannya tampil membuat laporan polis dan mendakwa terdapat beberapa wanita lain juga menjadi mangsa kepada pengamal perubatan alternatif terbabit yang juga dikenali sebagai ‘Tok’.

Lelaki itu dikatakan kononnya boleh mengubati individu yang terkena gangguan jin.

Kata wanita terbabit, ketika awal rawatan dilakukan, lelaki itu membuat siaran langsung di dalam talian serta tidak menyentuh mana-mana bahagian badan. Akan tetapi apabila siaran langsung itu ditamatkan, dia didakwa mula menyentuh bahagian alat sulit yang kononnya ada gangguan jin pada bahagian berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved