Pengampunan Najib: ‘Anwar Siap-siap Untuk Bubar Parlimen, Nga Kor Ming Boleh Dah Letak Jawatan’ – Isham Jalil

LocalPolitics
18 Sep 2026 • 3:44 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Pengampunan Najib: ‘Anwar Siap-siap Untuk Bubar Parlimen, Nga Kor Ming Boleh Dah Letak Jawatan’ – Isham Jalil

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pagi tadi (18 September), Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah beliau sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, pengampunan tersebut tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta dan hendaklah mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan.

Susulan pengumuman itu, bekas Ketua Penerangan dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghadap Sultan Ibrahim bagi membubarkan Parlimen.

“Anwar, siap-siap kemas office (pejabat) dan pergi menghadap YDPA untuk bubar Parlimen,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib, Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Di Rumah

‘Nga Kor Ming Boleh Dah Letak Jawatan, DAP Boleh Keluar Kerajaan’ – Isham

Menerusi hantaran sama, Isham turut menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming agar meletakkan jawatannya sebagai jemaah menteri.

“Alhamdulillah Datuk Seri Najib dapat tahanan di rumah. Boleh rehat-rehat dulu seminggu dua Bossku nanti kita sembang-sembang macam dulu-dulu.

“Nga Kor Ming boleh dah letak jawatan menteri dan DAP boleh dah keluar kerajaan. Kan kamu kata dulu ini redline (syarat),” katanya dengan nada sinis menerusi hantaran di laman Facebook.

Nga Pernah Berikrar Akan Letak Jawatan Jemaah Menteri Jika Najib Dibebaskan

Gesaan itu adalah susulan kenyataan Nga sendiri sebelum ini yang menegaskan bahawa beliau hanya akan meletakkan jawatan sekiranya Najib dibebaskan daripada hukuman penjara tanpa menjalani hukuman setimpal berhubung kes yang dihadapinya.

Nga Juga Pernah Maklumkan Akan Letak Jawatan Jika BN Menang PRN Johor & Najib Dibebaskan

Bagaimanapun dalam kenyataan terdahulu, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP tersebut berkata dia akan menjadi menteri pertama yang meletakkan jawatan jika UMNO mencatatkan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan sekiranya Najib dibebaskan dari tahanan.

Pun begitu menerusi semakan kami setakat ini, Nga masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung perletakan jawatan seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: Didesak Berundur, Nga Kor Ming Tegas Hanya Letak Jawatan Menteri Jika Najib Dibebaskan Tanpa Hukuman Setimpal [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Isu Letak Jawatan Jika Najib Bebas, Waytha Gesa Nga Kor Ming Tarik Balik Kenyataan & Mohon Maaf Pada Agong

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved