Pengantin Wanita Kongsi Pengalaman ‘Kahwin Bajet’ Kos Bawah RM1K Sebab Tak Nak Membazir

Entertainment
7 Mar 2023 • 5:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui bahawa untuk kita mengadakan sesebuah majlis perkahwinan kita perlu mengeluarkan kos yang agak tinggi, bagaimanapun ada pasangan yang telah berjaya mendirikan rumah tangga dengan kos rendah.

Baru-baru ini telah tular di Twitter, sebuah perkongsian daripada sepasang suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka tetapi dengan berkonsepkan ‘perkahwinan bajet’.

Menurut pengantin perempuan, Nur Ashiekin berkata, dia dan suami, Ahmad Farith telah bersepakat untuk melangsungkan majlis secara sederhana kerana tidak mahu berlaku pembaziran.

Difahamkan pasangan tersebut telah berkahwin di Pejabat Agama Islam Daerah Melaka Tengah yang lengkap berpelamin pada 3 Mac lalu.

“Untuk nikah di pejabat agama, mas kahwin, duit imam dan saksi, kami belanjakan RM380. Untuk henna pula, saya bayar RM55. Baju saya hanya pakai baju yang lama.”

Menurut Ashiekin, keluarga pengantin lelaki telah menaja RM200 untuk kos makanan tetamu dan total cost termasuk cincin perkahwinan adalah RM1,000.

Tidak mahu membazir

image is not available

Tambah Ashiekin, sebagai anak sulung daripada sembilan orang beradik dia cukup memahami betapa susahnya untuk mencari wang, sekali gus memberi idea untuk dia berkahwin dalam cara sederhana.

Selain itu, dia turut memberitahu dia lebih memikirkan tentang kehidupannya selepas berkahwin yang pastinya akan menggunakan lebih banyak wang ringgit.

Dalam pada itu, dia menjelaskan, dia tidak kisah tentang tanggapan orang lain sebaliknya, dia mahu fokus terhadap diri sendiri tanpa melupakan adat dan kedua orang tuanya.

Perkongsian Ashiekin mengenai majlis perkahwinannya di Twitter telah menerima pujian warganet dan dia mengharapkan perkongsian itu dapat memberi manfaat kepada bakal pengantin lain.

Sumber : Twitter, mStar

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.