Pengeluaran getah asli Malaysia melonjak 31.5 peratus pada Jun 2026 - DOSM

LocalBusiness & Finance
13 Aug 2026 • 2:14 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pengeluaran getah asli Malaysia melonjak 31.5 peratus pada Jun 2026 - DOSM Image from: Pengeluaran getah asli Malaysia melonjak 31.5 peratus pada Jun 2026 - DOSM hamden13/08/2026 - 14:14

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 31.5 peratus kepada 26,553 tan pada Jun 2026 daripada 20,198 tan pada Mei 2026.

 

Dalam laporan Perangkaan Getah Bulanan bagi Jun 2026, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 1.2 peratus daripada 26,249 tan pada Jun 2025.

 

“Pengeluaran getah asli di Malaysia pada Jun 2026 sebahagian besarnya disumbangkan oleh pekebun kecil (88.7 peratus) berbanding estet (11.3 peratus),” menurutnya.

 

DOSM memaklumkan jumlah stok getah asli meningkat sebanyak 5.2 peratus kepada 129,524 tan pada Jun 2026 daripada 123,149 tan pada Mei 2026.

 

“Kilang pemproses getah menyumbang 77.8 peratus daripada jumlah stok, diikuti kilang pengguna getah (22.1 peratus) dan estet getah (0.1 peratus),” tambahnya.

 

Menurut DOSM, eksport getah asli Malaysia mencecah 38,862 tan pada Jun 2026, iaitu peningkatan sebanyak 35.2 peratus daripada 28,742 tan pada Mei 2026.

 

“China terus kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli, menyumbang 55.8 peratus daripada jumlah eksport getah asli pada Jun 2026, diikuti Jerman (11.5 peratus), Amerika Syarikat (AS) (6.7 peratus), Türkiye dan India (masing-masing 3.1 peratus).

 

“Produk-produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub getah dan benang getah menyumbang kepada prestasi eksport,” menurutnya.

 

Tambah laporan itu, sarung tangan getah merupakan eksport utama dalam kalangan produk berasaskan getah, bernilai RM1.4 bilion pada Jun 2026, iaitu peningkatan sebanyak 19.7 peratus daripada RM1.2 bilion pada Mei 2026. 

 

DOSM memaklumkan harga purata bulanan lateks pekat susut 3.6 peratus kepada 735.82 sen sekilogram pada Jun 2026 daripada 763.16 sen sekilogram pada Mei 2026.

 

Bagi harga purata bulanan getah sekerap meningkat 6.0 peratus kepada 792.76 sen sekilogram pada Jun 2026 daripada 747.78 sen sekilogram pada Mei 2026. - BERNAMA

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved