Tiga hari hilang, dua pelajar MRSM Alor Gajah ditemui di Kuala Lumpur

15 Aug 2026 • 7:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga hari hilang, dua pelajar MRSM Alor Gajah ditemui di Kuala Lumpur
Polis menerima laporan membabitkan dua remaja perempuan berusia 16 tahun yang didakwa hilang sejak Selasa lalu.
Image from: Tiga hari hilang, dua pelajar MRSM Alor Gajah ditemui di Kuala Lumpur
Hantaran Facebook Asyraf Wajdi berhubung kes terbabit pada awal pagi Sabtu.

SHAH ALAM - Dua pelajar Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu berjaya ditemukan polis di sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di media sosial pada awal pagi Sabtu.

"Alhamdulillah, pihak Polis Bukit Aman telah berjaya menemui kedua-dua pelajar MRSM Alor Gajah, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad yang dilaporkan hilang sejak Selasa di sekitar Central Market Kuala Lumpur, jam 10.31 malam tadi,” katanya.

**media[3615436]**

Bagaimanapun, tiada perincian lanjut mengenai keadaan kedua-dua pelajar berkenaan buat masa ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis menerima laporan berhubung kehilangan kedua-dua pelajar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, laporan dibuat oleh guru pada jam 10.46 malam pada 11 Ogos lalu.

Beliau berkata, kedua-dua pelajar berusia 16 tahun itu ialah Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad.

Menurutnya, Siti Nur Aaira mempunyai ketinggian 157 sentimeter, berat 50 kilogram, berkulit gelap dan beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor.

Seorang lagi pelajar, Nur Aisy Humaira mempunyai ketinggian serta berat sama dan berkulit cerah dengan terakhirnya adalah di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved