Pengguna motosikal terima manfaat isi minyak percuma DUN Pandan Indah

LocalPolitics
2 Sep 2026 • 1:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pengguna motosikal terima manfaat isi minyak percuma DUN Pandan Indah

AMPANG, 2 SEPT: Pengguna motosikal termasuk penghantar makanan dan p-panggilan di sekitar Pandan Indah menerima manfaat menerusi Program Isi Minyak Percuma yang dianjurkan wakil rakyat kawasan itu.

Program berkenaan antara inisiatif rutin yang dilaksanakan Dato' Ir Izham Hashim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah.

Menurut beliau, golongan p-panggilan merupakan antara kumpulan yang banyak menghabiskan masa di jalan raya bagi mencari rezeki, sekali gus berdepan kos bahan api yang tinggi.

Katanya, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu mengurangkan sedikit beban perbelanjaan harian golongan terbabit, khususnya dalam meneruskan pekerjaan bagi menyara keluarga.

“Sedikit sumbangan ini diharap dapat meringankan beban serta membantu mereka meneruskan usaha mencari rezeki untuk keluarga.

“Inilah semangat Rahmatan Lil Alamin yang ingin kita teruskan, iaitu usaha menyantuni rakyat tanpa mengira latar belakang dan membantu sedaya yang termampu,” kongsinya di Facebook.

Beliau berkata usaha seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai tanda keprihatinan terhadap keperluan dan kebajikan warga Pandan Indah.

Katanya, pendekatan berkenaan juga mencerminkan komitmen untuk memastikan golongan yang bergantung kepada motosikal sebagai sumber pendapatan terus mendapat perhatian.

“Insya-Allah, usaha sebegini akan terus kita laksanakan demi kesejahteraan warga Pandan Indah,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved