
SEREMBAN – Gara-gara menunjukkan kemaluan kepada wanita warga emas, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Syahmi Mohad Md Jalel, 30, selepas dia membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
Mahkamah turut menetapkan tertuduh boleh dipenjara empat bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan perbuatan tersebut kepada seorang wanita berusia 75 tahun di Kampung Baru Mambau di sini pada 31 Julai lalu.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE
The post Pemuda tunjuk ‘anu’ pada nenek dijel sebulan appeared first on Kosmo Digital.






