PTI tawar khidmat seks didenda RM3,000

13 Aug 2026 • 4:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

PTI tawar khidmat seks didenda RM3,000

Kota Kinabalu: Seorang wanita Indonesia tanpa dokumen sah didenda RM3,000 atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Majistret pada Rabu kerana menawarkan khidmat seks.

Endini, 21, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas kesalahan itu yang dilakukan kira-kira jam 5 petang pada 31 Julai lalu di sebuah bilik di Kompleks Sinsuran.

Pertuduhan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwaan Inspektor Yusdi Basri memaklumkan mahkamah bahawa Endini menawarkan khidmat seksual dan sedang bersama seorang pelanggan ketika ditahan. Marilyn turut memerintahkan Endini dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas membayar denda atau selesai menjalani hukuman penjara.

Dalam kes berasingan seorang wanita berusia 22 tahun didenda RM1,800 atau sebulan penjara kerana berjudi di tempat awam. Erma Fatimah Abdullah mengaku bersalah di hadapan Marilyn atas kesalahan itu yang dilakukan kira-kira jam 12.50 tengah hari pada 31 Julai lalu di Lorong Inanam 3, Inanam.

Mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan bahawa Erma terlibat dalam perjudian dalam talian secara haram di lokasi berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Marilyn turut memerintahkan wang tunai RM70 yang dirampas dilucutkan kepada Kerajaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved