Peningkatan ranking Liga Malaysia penting

LocalFootball
17 Aug 2026 • 4:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Peningkatan ranking Liga Malaysia penting

REMBAU: Semua pihak perlu memberi perhatian kepada kedudukan ranking Liga Malaysia yang amat penting kepada arena bola sepak negara.

Presiden Malaysian Football League (MFL) Datuk Ab. Ghani Hasan berkata, ranking adalah penting bagi membolehkan negara mengetahui nilai sebenar Liga Malaysia di mata dunia.

Selain itu, katanya, ia juga mampu mengukur penerimaan masyarakat dunia khususnya di Asia terhadap liga berkenaan.

“Sebab itu kita lihat ada pemain yang bermain untuk pasukan piala dunia mula datang ke sini selepas melihat ranking kita bernilai tinggi.

“Sementara itu, ranking yang baik juga membolehkan kita menghantar lebih daripada hanya satu pasukan bersaing dalam siri liga Asia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pertukaran dokumen perjanjian penajaan Bubbles O2 kepada MFL di sini hari ini.

Ab. Ghani berkata, ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyaksikan Liga Malaysia naik satu anak tangga ke tangga ke-10 berbanding sebelum ini.

“MFL mengharapkan satu lagi pasukan berpeluang bersaing di liga anjuran AFC berikutan ranking yang lebih baik,” ujarnya.

Sementara itu, pihak MFL menerima tajaan bernilai RM3.3 juta untuk tempoh tiga musim Liga Malaysia mulai tahun ini dari pengeluar air mineral beroksigen semula jadi premium, Bubbles O2

Tajaan itu melibatkan wang tunai dan produk keluaran syarikat berkenaan iaitu air mineral beroksigen semula jadi.

Majlis pertukaran dokumen perjanjian penajaan itu merupakan kesinambungan kerjasama yang bermula sejak 2023.

Pengerusi Eksekutif Bubbles O2, Datuk Arifin Marzuki berkata, kerjasama pihaknya dan MFL merupakan komitmen jangka panjang dalam membangunkan ekosistem bola sepak Malaysia.

“Sejak tahun 2023, kerjasama kami bersama MFL bukan sekadar meletakkan logo Bubbles O2 di stadium atau platform Liga Malaysia.

“Sebaliknya, ia adalah komitmen untuk menyokong pembangunan bola sepak negara, menghargai individu di sebalik kejayaan sukan ini serta menyumbang kepada pembinaan ekosistem sukan yang lebih mampan,” katanya. – UTUSAN 

 

The post Peningkatan ranking Liga Malaysia penting appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved