Penjawat awam ditahan SPRM disyaki salah guna kuasa

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 2:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penjawat awam ditahan SPRM disyaki salah guna kuasa
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Flavian Edward Henry selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Keningau, pada Selasa. Foto hiasan

KOTA KINABALU - Seorang penjawat awam ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki menyalahgunakan kedudukan untuk mengesahkan Sijil Pengesahan Siap yang melibatkan 15 projek kerajaan bernilai kira-kira RM2 juta.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 12 Oktober 2026 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Flavian Edward Henry selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Keningau, pada Selasa.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an sebelum itu telah ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Keningau, kira-kira jam 4 petang, Isnin.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2024.

Suspek dipercayai menyalahgunakan kedudukan untuk mengesahkan Sijil Pengesahan Siap melibatkan kesemua projek kerajaan yang dilaksanakan sebuah syarikat dipercayai milik salah seorang ahli keluarganya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved