Tiga direman disyaki rasuah RM155,000 lulus sebut harga baju sukan

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiga direman disyaki rasuah RM155,000 lulus sebut harga baju sukan
Perintah reman terhadap kesemua suspek sehingga 10 Oktober itu dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar pada Selasa.
Image from: Tiga direman disyaki rasuah RM155,000 lulus sebut harga baju sukan
Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan berkenaan antara 2024 hingga 2025.

ALOR SETAR – Tiga individu termasuk pegawai kanan sebuah agensi kerajaan direman lima hari kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah kira-kira RM155,000 bagi meluluskan sebut harga pembekalan baju sukan.

Dua lagi suspek terdiri daripada seorang penjawat awam dan seorang pemilik syarikat.

Perintah reman terhadap kesemua suspek sehingga 10 Oktober itu dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di Mahkamah Majistret Alor Setar pada Selasa.

Kesemua suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40 hingga 50-an ditahan pada Isnin ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kedah.

Dua daripada suspek ditahan kira-kira jam 5 petang manakala seorang lagi ditahan sekitar jam 9 malam.

**media[3669433]**

Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan berkenaan antara 2024 hingga 2025.

Dua suspek yang merupakan penjawat awam pula dipercayai menerima wang rasuah secara tunai selain melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi masing-masing.

Wang berkenaan dipercayai diberikan sebagai balasan untuk meluluskan sebut harga bagi pembekalan baju sukan.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved