Irene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspek

4 Oct 2026 • 12:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Irene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspek
Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat untuk mendapatkan perintah tahanan reman kerana disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng pada Sabtu.

BATU PAHAT - Sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan selipar dirampas polis selepas menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat kira-kira jam 7 malam pada hari kejadian.

Menurutnya, suspek ditahan di sekitar Yong Peng selepas polis menerima maklumat berhubung penemuan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

“Semakan ke atas rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Turut dirampas daripada suspek adalah sebuah telefon bimbit, sepasang pakaian dan sepasang selipar,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh

Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang 3 Oktober lalu, polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemui mangsa dalam sebuah dewan di sebuah sekolah di Yong Peng.

Mangsa, Irene Sofiya Mohd Khairool, 16, mengalami beberapa kecederaan di beberapa bahagian kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman dan dibenarkan ditahan selama enam hari bermula 4 hingga 9 Oktober bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif dan punca kejadian serta menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved