Penjawat awam Johor terima bonus dua bulan setengah gaji

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 11:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penjawat awam Johor terima bonus dua bulan setengah gaji
Onn Hafiz ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 di Kota Iskandar pada Khamis.

ISKANDAR PUTERI - Penjawat awam negeri Johor menerima khabar gembira apabila kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus sebanyak dua setengah bulan gaji sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti dan komitmen mereka dalam memastikan pentadbiran serta pembangunan negeri berjalan lancar.

Insentif khas itu turut melibatkan kakitangan awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri dan akan disalurkan pada penghujung Disember ini.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini pada Khamis.

Onn Hafiz berkata, penjawat awam negeri merupakan tulang belakang pentadbiran serta penggerak utama kepada pelaksanaan agenda pembangunan yang dirancang kerajaan negeri.

Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri turut mengumumkan Bantuan Kasih Johor sebanyak RM500 seorang kepada 145,648 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini.

Bantuan itu membabitkan peruntukan keseluruhan RM72.8 juta sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan penjawat awam Persekutuan yang turut memainkan peranan penting dalam pembangunan Johor.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan atas peruntukan sebanyak RM4.86 bilion kepada Kerajaan Johor menerusi Rolling Plan Kedua 2027 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

"Kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaaan persekutuan amat penting.

“Kerajaan negeej akan terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan momentum pembangunan Johor dapat diteruskan, seiring dengan usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved