
KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada kepada semua penjawat awam di negeri.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, bantuan yang disalurkan bermula Gred Utama B dan ke bawah, termasuk kakitangan lantikan kontrak itu melibatkan implikasi kewangan keseluruhan sebanyak RM7.13 juta.
Katanya, pembayaran bantuan khas kewangan itu dilaksanakan secara dua peringkat iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan menjelang ambang Hari Kebangsaan.
“Bantuan itu merupakan tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan dan dedikasi penjawat awam yang memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda pembangunan negeri serta memenuhi keperluan rakyat.
“Ia turut dipanjangkan kepada lantikan politik dengan kadar bantuan ditentukan oleh kerajaan negeri,” katanya pada Persidangan Kali Ketiga Belanjawan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Penjawat awam Kelantan dapat bonus RM1,500 appeared first on Kosmo Online.





