Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas RM1,500

LocalPolitics
29 Oct 2026 • 12:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penjawat awam Kelantan terima bantuan khas RM1,500
Mohd Nassuruddin

KOTA BHARU - Penjawat awam negeri Kelantan bakal menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 sebagai penghargaan kerajaan negeri terhadap komitmen dan khidmat bakti mereka.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bantuan itu diberikan kepada semua penjawat awam negeri Gred Utama B dan ke bawah, termasuk kakitangan berstatus kontrak.

Menurut beliau, pemberian berkenaan merupakan tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan penjawat awam yang menjadi antara tonggak penting dalam menjayakan agenda pembangunan negeri serta memenuhi keperluan rakyat.

"Sebagai tanda penghargaan atas segala komitmen, pengorbanan dan khidmat bakti penjawat awam, Kerajaan Kelantan dengan penuh keprihatinan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam negeri Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak," katanya semasa Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, di sini pada Khamis.

Ujar beliau, bantuan itu turut dipanjangkan kepada lantikan politik, dengan kadar bayaran ditentukan oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, pembayaran bantuan berkenaan akan dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dan menjelang ambang Hari Kebangsaan.

"Bantuan khas itu membabitkan implikasi kewangan keseluruhan sebanyak RM7.13 juta," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved