
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Lebih kurang sehari sahaja lagi, umat Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia bakal menjalani ibadah puasa.
Sudah pastinya ramai yang teruja menantikan kehadiran bulan mulia ini hingga ada yang sanggup memperlahankan aktiviti bagi memberi tumpuan kepada Rukun Islam ketiga ini.
Pun begitu, ada sesetengah perkara yang terpaksa dilakukan oleh segelintir individu atas faktor kesihatan contohnya rawatan gigi.
Namun, pasti ada yang tertanya-tanya bolehkah rawatan sebegitu dilakukan ketika di bulan puasa.
Buat Rawatan Gigi Tidak Batalkan Puasa
Berdasarkan hantaran yang dikongsikan oleh seorang doktor gigi di platform X @iamdrjoe, dia menjelaskan bahawa membuat rawatan gigi ketika bulan Ramadan tidak akan membatalkan puasa.
Jelasnya yang merujuk kepada Garis Panduan Berpuasa Bagi Pesakit oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), rawatan pergigian boleh dilakukan walaupun seseorang itu sedang berpuasa.
Malah, doktor gigi itu turut berkongsikan jenis rawatan gigi yang tidak membatalkan puasa antaranya seperti:
- Pemeriksaan gigi
- Pengambilan X-ray gigi
- Tampalan
- Scaling
- Suntikan bius & cabutan
- Membuat gigi palsu
- Whitening (pemutihan) gigi
"Doktor, kalau buat scaling time bulan puasa nanti akan batal puasa tak?"
— Jœ 🦷🪥🇲🇾 (@iamdrjoe) February 28, 2025
Jawapan ringkas = TAK batal
Mengikut 'Garis Panduan Berpuasa Bagi Pesakit' oleh JAKIM, rawatan pergigian masih boleh dilakukan semasa sedang berpuasa.
Antara rawatan pergigian yang TIDAK membatalkan… pic.twitter.com/9TriUYSWfY
Batal Puasa Jika Telan Dengan Sengaja
Namun, puasa seseorang muslim itu boleh terbatal jika dia menelan sesuatu dengan sengaja.
“Melakukan prosedur tampalan gigi, cabutan atau pembersihan gigi dan memberus gigi dengan siwak (tooth cleanser) dengan syarat individu yang berpuasa tidak menelan apa-apa bahan semasa prosedur rawatan tersebut,” tulis JAKIM menerusi garis panduan berkenaan.
Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga turut menerangkan pendapat yang sama.
“Berdasarkan pandangan Keputusan Majma’ al-Fiqhi al-Islami [No. 93 (1/10) pada 23-28 Safar tahun 1418H bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1997] yang menjelaskan bahawa perkara berikut tidak membatalkan puasa:
“Menampal, mencabut, mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi, dengan syarat tiada apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut,” terang mereka.
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi 4 Kelebihan Jika Buat Rawatan Scaling Gigi
Baca Artikel Berkaitan: Nak Kurus Di Bulan Ramadan? Kevin Zahri Kongsi Tips Turunkan 5kg Berat Badan Walau Sedang Berpuasa [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Mufti Perjelas Situasi Jika Musafir Ke Negara Yang Puasa Lambat Sehari & Lewat Sambut Aidilfitri
Source:


![“Berapa Kotak Kismis Akak Telan?” – Ramai Kagum Lihat Gadis Pantas Jawab Soalan Matematik [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/technology.jpeg)
![“Janji Cantik Kan?” – Wanita Guna Plastik Terpakai Jadikan Pembalut Buku Sekolah Anak [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)