“Untuk Tekanan Darah” – Lelaki Kongsi Khasiat Makan Bunga Raya Raih Perhatian Ramai [Video]

Health & FitnessLifestyle
28 Feb 2025 • 11:59 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Mesti kebanyakan rakyat Malaysia tahu bahawa bunga raya merupakan Bunga Kebangsaan yang telah diisyitihar pada tahun 1960 oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hal.

Pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan adalah sangat tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara.

Bahkan, bunga tersebut yang senang didapati diseluruh Malaysia juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.

Tular lelaki kongsi video makan bunga raya

Bagaimanapun, masih ada rakyat di negara ini yang tidak mengetahui bahawa bunga raya sebenarnya boleh dimakan dan mempunyai khasiatnya.

Perkara ini jelas dapat dilihat selepas tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki memakan kelopak bunga raya itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @perakbamboovillage, lelaki berkenaan pada awalnya menjelaskan tentang fungsi lain bunga tersebut di Hawaii, Amerika Syarikat.

Menurutnya, orang-orang di Hawaii akan meletakkan bunga raya di telinga kanan atau kiri sebagai tanda masih bujang atau sudah berkahwin serta letak di belakang kepala untuk mengarah seseorang mengikutinya.

Lelaki kongsi bunga raya baik untuk kesihatan, sesuai dijadikan teh herba

Namun, lelaki itu menyatakan dia tidak berbuat semua perkara itu, sebaliknya memakan setiap kelopak bunga raya terbabit.

Jelasnya, bunga raya mempunyai khasiat yang sangat baik untuk tekanan darah, lipid serta kandungan lemak di dalam darah.

Menurutnya lagi, bunga raya tersebut sesuai dijadikan sebagai minuman teh herba yang sedap dengan cara merebus kelopaknya selama 15 minit.

Khasiat-khasiat bunga raya

Memetik Hello Doktor, bunga raya telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional di negara Cina dan India.

Menurut laman web kesihatan itu, semua bahagian tumbuhan itu dianggap berguna dalam merawat pelbagai jenis penyakit.

Berikut adalah beberapa manfaat dan khasiat bunga raya:

  1. Penjagaan rambut
  2. Merawat demam dan sembelit
  3. Merendahkan tekanan darah tinggi dan paras kolestrol
  4. Dapat kurangkan berat badan
  5. Meningkatkan sistem imun

Masih ada yang tak tahu bunga raya boleh dimakan

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pada hantaran terbabit, kebanyakan pengguna media sosial terkejut melihat lelaki terbabit memakan kelopak bunga raya.

Menurut mereka, mereka tidak tahu bahawa Bunga Kebangsaan yang boleh didapati dengan mudah terutamanya di kawasan kampung itu sebenarnya boleh dimakan.

Bagaimanapun, ada sesetengah netizen yang menyatakan mereka sudah lama mengetahui tentang perkara itu bahkan ada yang sejak dahulu lagi mengamalkannya.

image is not available

image is not available

image is not available

Source: