Pensyarah Tampil Pertahan Pelajar Maut Lepas RXZ Members, Rayu Henti Kecaman

3 Aug 2026 • 4:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pensyarah Tampil Pertahan Pelajar Maut Lepas RXZ Members, Rayu Henti Kecaman

Pensyarah Tampil Pertahan Pelajar Maut Lepas RXZ Members, Rayu Henti Kecaman

Seorang pensyarah di TVET MARA Johor Bahru tampil mempertahankan bekas pelajarnya yang maut ketika dalam perjalanan pulang dari Himpunan RXZ Members 8.0 selepas mendakwa sedih melihat pelbagai kecaman dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Allahyarham di media sosial.

Image from: Pensyarah Tampil Pertahan Pelajar Maut Lepas RXZ Members, Rayu Henti Kecaman
Allahyarham Muhammad Bakhtiar Mazlan

Menerusi satu hantaran di Facebook semalam, Nor Shazwani Shamshudin berkata, orang ramai tidak seharusnya menghakimi seseorang yang telah meninggal dunia hanya kerana pandangan berbeza terhadap sesuatu acara.

Menurutnya, walaupun beliau bukan penyokong program permotoran seperti Himpunan RXZ Members, ia bukan alasan untuk menghina atau melemparkan kata-kata kesat kepada Allahyarham.

“Saya bukan orang yang menyokong event (acara) permotoran seperti ini. Tetapi saya juga tidak menyatakan bantahan dengan makian atau kecaman.

“Bagaimanapun, apabila membaca komen netizen terhadap Allahyarham Bakhtiar, saya menangis,” katanya.

Beliau berkata, Allahyarham Muhammad Bakhtiar Mazlan merupakan antara pelajar terbaik pernah dididiknya sepanjang lebih sedekad bergelar pensyarah.

Baca juga:

Ujarnya, Allahyarham bukan sahaja menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang, malah dikenali sebagai seorang yang berakhlak mulia, menghormati pensyarah serta disenangi rakan-rakan sehingga digelar sebagai ‘geng surau’.

“Allahyarham adalah seorang pelajar cemerlang. Bukan hanya akademik bahkan sahsiah. Jujur berbelas-belas tahun saya mengajar, awak antara pelajar paling baik saya pernah kenal,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian itu, Nor Shazwani berkata beliau difahamkan Allahyarham gemar mengembara dan mencari pengalaman baharu, namun percaya pemergiannya adalah ketentuan Allah SWT yang tidak mampu dielakkan.

“Berdasarkan pembacaan, Allahyarham terbabas bersendirian. Mungkin penat, mungkin mengantuk atau mungkin akibat jalan licin.

“Siapalah kita hendak melawan takdir dan kehendak Allah. Suratan telah menetapkan nyawa Allahyarham diambil di atas lebuh raya,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, beliau turut mengajak orang ramai agar menghentikan kecaman terhadap Allahyarham dan sebaliknya menghadiahkan doa buat arwah serta memberi kekuatan kepada ahli keluarga yang sedang berduka.

“Bakhtiar, saya saksi kemuliaan sifat dan sikap awak. Bagaimana awak memuliakan kami para pensyarah, semoga roh awak juga dimuliakan oleh Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

“Senyuman yang tidak lekang dari bibir awak, pasti menjadi kenangan kepada kami,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Muhammad Bakhtiar, 22, meninggal dunia selepas motosikal Honda Vario yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 354, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuala Terengganu ke Kuantan, berhampiran Dungun, ketika dalam perjalanan pulang dari Himpunan RXZ Members 8.0.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab Halim Nik Mat dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal secara bersendirian sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan tercampak ke atas jalan. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved