Penunggang motosikal maut, pemandu lori positif dadah

LocalPolitics
2 Apr 2026 • 6:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang penunggang motosikal maut terlibat kemalangan dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki dipercayai bawah pengaruh dadah dalam kejadian di Jalan Permatang Gedong di sini pada Rabu. Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI - Seorang penunggang motosikal maut terlibat kemalangan dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki dipercayai bawah pengaruh dadah dalam kejadian di Jalan Permatang Gedong di sini pada Rabu.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 8.30 malam ketika lori sedang dalam perjalanan dari arah Taman Sejati, ingin membelok ke kanan manakala penunggang motosikal dari arah bertentangan sedang bergerak lurus bertembung dengan tayar belakang sisi kiri lori.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, akibat kejadian, mangsa terjatuh dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan.

"Pada Khamis, jam lebih kurang 6.45 pagi, kita menerima maklumat dari Unit Kecemasan HSAH memaklumkan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia," katanya.

Hanyan berkata, saringan air kencing mendapati pemandu lori dikesan positif dadah jenis ganja.

"Kita menahan pemandu berusia 53 tahun itu untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).