Penunggang motosikal maut terbabas

11 Aug 2026 • 7:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penunggang motosikal maut terbabas
Motosikal Yamaha Y125 ditunggang mangsa berusia 35 tahun terbabas ketika melalui Jalan Bukit Besar - Bukit Ramun, Kota Tinggi pada Isnin

KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan di Jalan Felda Bukit Besar-Bukit Ramun di sini jam 9.15 malam pada Isnin.

Ketua Polis daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, lelaki berusia 35 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y125 maut di tempat kejadian.

“Motosikal ditunggangnya terbabas sendiri ketika melalui jalan berkenaan.

“Akibatnya, mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk prosedur siasatan.

Kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved