SUKMA 2026: Selangor pantau jerebu, ambil tindakan susulan jika IPU tidak sihat

11 Aug 2026 • 10:13 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan Selangor bersedia mengambil tindakan susulan sekiranya kualiti udara merosot ke tahap tidak sihat sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, lapor Berita RTM.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebarang keputusan berkaitan pencegahan atau perubahan jadual pertandingan akan dibuat berdasarkan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan pandangan agensi berkaitan.

“Kita akan semak apabila IPU sampai ke tahap tidak sihat dan ambil langkah sebagaimana yang dinasihatkan oleh MetMalaysia dan Jabatan Kesihatan.
“Kalau IPU mencecah lebih 100, kita akan ambil tindakan seterusnya untuk menangani keadaan jerebu yang sejak dua tiga hari ini agak buruk daripada segi indeks pencemaran udara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media majlis Penyerahan Geran Pembangunan Negeri Selangor (SELidik) 2026, di Shah Alam pada Isnin.

Image from: SUKMA 2026: Selangor pantau jerebu, ambil tindakan susulan jika IPU tidak sihat

Foto arkib: IG Amirudin Shari

Menurut Amirudin, pemantauan terhadap laporan rasmi akan terus dilaksanakan bagi memastikan aspek kesihatan dan keselamatan atlet serta orang awam tidak terjejas sepanjang temasya berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata kawasan Johan Setia kini menunjukkan keadaan kualiti udara yang tidak sihat, dengan faktor lokasi dan kemungkinan berlaku kebakaran setempat antara perkara yang sedang dipertimbangkan.

“Selain daripada kedudukan lokasi dan sebagainya, mungkin ada kebakaran.
“Tetapi situasinya tidak seburuk ketika kita terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu. Kita akan terus pantau dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Johan Setia merekodkan bacaan IPU 153, menjadikannya satu-satunya kawasan di Semenanjung Malaysia yang mencatatkan tahap tidak sihat.

Sumber: Berita RTM

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved