Khabar duka menyelubungi industri muzik tanah air apabila penyanyi kumpulan rock Bumiputra Rockers, Joey, dilaporkan meninggal dunia pada usia 63 tahun.
Joey atau nama sebenarnya Johari Mat Rozekhi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Sabtu, 29 Ogos 2026.
Sempat buat persembahan sebelum rebah

Memetik laporan Harian Metro, perkhabaran mengenai pemergian Joey dimaklumkan oleh isterinya, Zarinah Zainal.
Assalamualaikum w.b.t Saya, isteri kepada Johari Mat Rozekhi (Joey BPR) ingin memberitahu bawaha Johari telah kembali kerahmatullah pada 29 August 2026, 08:11 AM di hospital HKL sebentar tadi. Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.
Menurut Zarinah, Joey masih sempat membuat persembahan di Laman Santai, Istana Budaya pada malam sebelumnya.
Sampai di hospital doktor sahkan ada pendarahan. Dia juga ada komplikasi jantung tersumbat. Benda berlaku terlalu cepat. Joey sangat baik orangnya. Saya bertuah dapat dia. Harap sedekahkan Al-Fatihah buatnya.
Difahamkan, penyanyi berkenaan menyampaikan dua buah lagu sebelum tiba-tiba rebah dan kemudiannya dibawa ke HKL menggunakan ambulans.
@videotular Perjalanan Seni Joey BPR #bumiputrarockers #rockkapak #rockkapakjiwang90an #rockkapak80an90an #rockkapak
♬ Silaturrahim – Bumi Putra Rockers (BPR)






