Penyanyi Wanita Bertudung Didakwa Berskandal Dengan Pengurus Sendiri Berstatus Suami Orang?

Entertainment
20 Jun 2023 • 9:53 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Memetik Utusan, seorang penyanyi wanita berhijab dikatakan ‘tangkap cinta’ dengan pengurusnya sendiri yang berstatus suami orang.

Difahamkan, ‘hubungan’ tersebut sudah lama dihidu oleh rakan-rakan dalam industri sejak ia berputik beberapa tahun ini.

image is not available

Kalau Cik Bunga sebut nama, memang ramai yang akan terkejutlah dan tak akan menyangka penyanyi bertudung ini boleh terjebak dengan suami orang.

Pengurus lelaki itu juga sudah berkahwin dengan orang luar daripada industri dan masih belum dikurniakan anak.

Penyanyi wanita itu juga dijemput menghadiri majlis perkahwinan seorang selebriti tempatan dan ramai pelik kerana pengurusnya tidak bawa isteri hadir sama ke majlis tersebut.

Pengurus itu dilihat hadir berdua bersama penyanyi wanita tersebut dan kedua-duanya menetap di hotel yang sama.

Cik Bunga paling hairan dengan isteri pengurus tersebut. Tak akanlah tak dapat hidu hubungan skandal suaminya sendiri di kala sudah makin ramai yang mengesyaki perkara itu.

image is not available 18 jam lalu

"Saya Masih Cuba.." - Ditanya Bila Akan Kahwin Dengan Yasmin Hani, Alif Hadi Komen Bukan Masanya Lagi