Penyatuan Ummah perpaduan untuk semua! Ulama PAS mahu tembusi pengundi bukan Islam

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 12:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Agenda Penyatuan Ummah perlu diperluaskan sehingga mampu menembusi kelompok pengundi bukan Islam dan tidak sekadar menjadi naratif politik yang dimainkan menjelang pilihan raya.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya berkata, golongan ulama Rabbani perlu memainkan peranan lebih besar dalam membina keyakinan masyarakat bukan Islam terhadap gagasan berkenaan.

Menurutnya, persepsi bahawa Penyatuan Ummah hanya menguntungkan orang Melayu perlu diperbetulkan kerana gagasan itu pada hakikatnya membawa mesej perpaduan lebih luas dalam membentuk keharmonian masyarakat majmuk.

“Malangnya, sesetengah pihak hanya menganggap Penyatuan Ummah dalam kalangan orang Melayu, sekali gus mengenepikan golongan bukan Islam.
“Hakikatnya, Penyatuan Ummah adalah perpaduan untuk semua. Di mana tunjangnya bertapak, di situ rimbunnya berpadu,” katanya.

Image from: Penyatuan Ummah perpaduan untuk semua! Ulama PAS mahu tembusi pengundi bukan Islam

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Pusat Kali Ke-65 yang disempurnakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, di sini pada Khamis.

Ahmad berkata, cabaran utama ketika ini adalah membentuk kepercayaan dalam kalangan masyarakat bukan Islam terhadap agenda berkenaan, terutama apabila mereka terdedah kepada naratif politik perkauman yang dimainkan pihak tertentu.

Image from: Penyatuan Ummah perpaduan untuk semua! Ulama PAS mahu tembusi pengundi bukan Islam

Jelasnya, mesej Penyatuan Ummah perlu disampaikan secara lebih tersusun dan konsisten supaya masyarakat bukan Islam memahami bahawa gagasan itu bukan semata-mata strategi mendapatkan sokongan politik ketika pilihan raya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan agenda berkenaan tidak seharusnya terhenti selepas pilihan raya, sebaliknya perlu menjadi usaha berterusan bagi mengembalikan kesatuan umat Islam serta memperkukuh kuasa politik umat Islam di Malaysia.

Menurut Ahmad, perkembangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menunjukkan kerjasama politik berasaskan konsep ta’awun siyasi mampu memberi kesan terhadap corak pengundian.

“Walaupun kerjasama yang ada dalam PRN Negeri Sembilan adalah bersifat ta’awun siyasi yang longgar dan tidak mengikat mana-mana pihak, sekurang-kurangnya ia memberikan kesan yang ketara kepada corak pengundian dalam pilihan raya tersebut,” katanya lagi.

Image from: Penyatuan Ummah perpaduan untuk semua! Ulama PAS mahu tembusi pengundi bukan Islam

Tambah beliau, perkembangan itu membuktikan agenda Penyatuan Ummah mempunyai ruang untuk dikembangkan sebagai satu gagasan lebih besar dan bukan sekadar kerjasama yang muncul ketika pilihan raya.

Katanya, usaha berkenaan perlu disokong dengan pengukuhan aspek tarbiah, organisasi dan jentera supaya agenda Penyatuan Ummah dapat digerakkan secara tersusun serta berterusan.

“Ulama Rabbani mempunyai peranan penting dalam memastikan mesej dan aspirasi Penyatuan Ummah difahami masyarakat, khususnya umat Islam, selain membina keyakinan golongan bukan Islam terhadap gagasan perpaduan yang dibawa,”ujar beliau.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved