Penyelia ladang cedera parah diserang sekumpulan individu bersenjata di Gua Musang

25 Aug 2026 • 6:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Penyelia ladang cedera parah diserang sekumpulan individu bersenjata di Gua Musang

Penyelia ladang cedera parah diserang sekumpulan individu bersenjata parang, besi dan kayu dalam rusuhan di Gua Musang

KOTA BHARU: Seorang penyelia ladang cedera parah selepas diserang sekumpulan individu menggunakan parang, batang besi dan kayu dalam kejadian rusuhan bersenjata di sebuah rumah kongsi di Kampung RKT Kesedar Chalil, Gua Musang, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku pada 3.15 petang, selepas sekumpulan lelaki yang dipercayai wakil sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan terhadap kawasan tersebut hadir ke rumah kongsi itu bagi mendapatkan penjelasan mengenai permit masuk kawasan hutan simpan.

“Pertikaian tercetus apabila seorang lelaki didakwa dipukul oleh dua individu daripada kumpulan berkenaan. Seorang pekerja ladang yang cuba meleraikan pertikaian itu kemudiannya dipercayai diserang secara beramai-ramai menggunakan senjata seperti parang, batang besi dan kayu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu mengalami beberapa kecederaan serius termasuk patah tulang lengan kiri, retak tulang kering kaki kiri, kecederaan pada tendon kaki kiri, lebam dan bengkak pada mata kiri serta pendarahan pada hidung.

Sik berkata kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan menyalurkan maklumat berkaitan kejadian kepada pihak polis dengan tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Balai Polis Paloh menerusi talian 09-928 5090.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved