Dua lelaki cedera dibelasah, lima suspek direman

24 Aug 2026 • 1:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua lelaki cedera dibelasah, lima suspek direman

KLANG – Dua lelaki cedera selepas dibelasah sekumpulan individu menggunakan kayu termasuk dipercayai batang besbol, dalam kejadian rusuhan bersenjata di sebuah kedai makan di Jalan Chan Ah Choo, Pandamaran, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu membabitkan kedua-dua mangsa warga tempatan berusia 22 dan 26 tahun mengalami kecederaan pada muka serta hidung.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kedua-dua mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Katanya, bertindak maklumat kemudian berjaya menahan lima suspek lelaki berusia 18 hingga 25 tahun, semalam.

“Permohonan reman telah dibuat di Mahkamah Majistret Klang dan dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Punca kejadian masih dalam siasatan polis,” jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Amirul Asyraf Salim di talian 010-3381645 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.

Terdahulu, tular video berdurasi 30 saat memaparkan aksi pergaduhan melibatkan sekumpulan individu menggunakan kayu termasuk batang besbol. – KOSMO! ONLINE

The post Dua lelaki cedera dibelasah, lima suspek direman appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved