Percayalah, ada orang yang tidak berhijab sebenarnya terinspirasi dengan awak – Janna Nick

BeautyLifestyle
26 Sep 2026 • 3:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Percayalah, ada orang yang tidak berhijab sebenarnya terinspirasi dengan awak – Janna Nick

PETALING JAYA: Pelakon, Janna Nick, mendedahkan kandungan yang dihasilkan pempengaruh kecantikan dan fesyen berhijab sebenarnya mampu memberi inspirasi kepada penonton terutamanya dalam wanita yang tidak berhijab.

Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, berkata, ada pempengaruh berhijab yang mungkin berasa rendah diri kerana menyangka mereka tidak memberi manfaat kepada orang lain.

“Kepada semua pempengaruh kecantikan dan fesyen yang berhijab, jika pernah rasa rendah diri atau rasa seperti tidak mempengaruhi sesiapa, percayalah ada orang yang tidak berhijab sebenarnya terinspirasi dengan awak.

“Kadang-kadang mereka hanya melihat video yang awak hasilkan, namun dalam hati terdetik, ‘Cantiknya berhijab’,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Malah, Janna turut memberi semangat kepada pempengaruh berhijab untuk terus berkarya dan memberi inspirasi kepada semua.

“Terus terbang tinggi, terus beri inspirasi, dan terus buat kandungan,” katanya.

Untuk rekod, Janna Nick memulakan kerjaya seninya sejak tahun 2012 sebagai pelakon tambahan sebelum melonjak naik sebagai aktres gred-A menerusi drama popular Syurga Nur dan Kau Aku Kita.

Kini, Janna menetap di London, United Kingdom, bersama suaminya, Dini Schatzmann, bagi melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang perfileman.

The post Percayalah, ada orang yang tidak berhijab sebenarnya terinspirasi dengan awak – Janna Nick appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved