”Perdana Menteri Jadi PM Sebab Sokongan UMNO” – Zahid Hamidi

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 7:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil dengan kenyataan tegas ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.

Menurut laporan Kosmo, beliau mencabar mana-mana pihak yang mahu UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan supaya berani mengambil tindakan tersebut secara rasmi.

Jangan minta kita keluar daripada kerajaan. Mereka (yang mahu UMNO keluar) daripada kerajaan kalau berani. Kalau berani, keluarlah cepat. Kalau berani, bubarlah cepat.

“Kerajaan Perpaduan Malaysia ini jadi sebab UMNO” – Zahid Hamidi

zahid hamidi

Menurut Ahmad Zahid, UMNO mempunyai asas yang kukuh dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia dan tidak sepatutnya diperlakukan seolah-olah parti itu tidak mempunyai peranan dalam kerajaan.

Katanya, kerajaan tersebut terbentuk berdasarkan perjanjian persefahaman kerjasama antara parti-parti politik bagi memastikan kestabilan pentadbiran negara.

Kerajaan Perpaduan Malaysia ini jadi sebab UMNO tahu. Perdana Menteri jadi Perdana Menteri sebab sokongan UMNO tahu.

Kalau UMNO keluar, perlu mandat baharu?

zahid hamidi

Ahmad Zahid turut membangkitkan soal asas pembentukan kerajaan selepas PRU15 yang bermula dengan 112 kerusi sebelum sokongan bertambah menerusi penyertaan parti lain.

Katanya, jika UMNO diminta meninggalkan kerajaan, asas pembentukan kerajaan itu juga perlu dinilai semula.

Jika kita diminta keluar, logiknya asas 112 kerusi pun telah tiada. Jadi wajarnya mandat baharu mesti diperoleh.

Beliau kemudian mengemukakan dua pilihan, iaitu mendapatkan mandat baharu melalui pilihan raya umum atau mengeluarkan UMNO secara rasmi dan melaksanakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Pilihan cuma ada dua. Satu, dapatkan semula mandat baharu dengan mengadakan pilihan raya umum. Kedua, keluarkan kami secara rasmi dan laksanakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat. Ada berani ke?

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan kerjasama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan tidak bermakna parti itu menyerahkan masa depan atau identitinya kepada mana-mana pihak.

Beliau berkata kerjasama politik tersebut berasaskan amanah kenegaraan dan pematuhan kepada undang-undang demi kestabilan pentadbiran serta kepentingan rakyat.

Kerjasama mentadbir negara tidak bermakna menyerahkan masa depan parti. Kerjasama bukan penyerahan. Saya ulang, kerjasama bukan penyerahan.

Kita boleh bekerjasama tanpa kehilangan identiti, berunding tanpa menggadaikan prinsip dan mencari persamaan sambil menghormati perbezaan.

Nota Oh! Media:
Dalam politik, setiap kenyataan dan keputusan pasti memberi kesan kepada hala tuju kerajaan serta rakyat. Apa yang penting, sebarang kemelut politik perlu diselesaikan mengikut saluran dan proses demokrasi yang sah.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post ”Perdana Menteri Jadi PM Sebab Sokongan UMNO” – Zahid Hamidi appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved