Pereka fesyen kongsi kisah di sebalik rekaan baju nikah Bella Astillah

Women's FashionLifestyle
10 Oct 2026 • 1:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pereka fesyen kongsi kisah di sebalik rekaan baju nikah Bella Astillah
Bella Astillah selamat diijabkabulkan bersama Syed Saddiq dengan sekali lafaz pada pagi Sabtu.

TEPAT jam 10.40 pagi tadi, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selamat diijabkabulkan bersama wanita pilihannya yang juga pelakon, Bella Astillah.

Apa yang menarik, pasangan ini memilih konsep perkahwinan bertemakan Arab/Islamik yang penuh elegan.

Terbaharu, pereka busana bagi majlis pernikahan mereka yang dikenali sebagai Zaimi Zulkafli berkongsi kisah di sebalik rekaan persalinan yang digayakan Bella dan Syed Saddiq.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zaimi memaklumkan pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah itu menginginkan sebuah rekaan yang sedap mata memandang serta tidak berlebihan.

“Masih terngiang saat Bella Astillah menghubungi Zaimi dan karyawan rumah fesyen kami untuk mencipta helaian nikah buat mereka berdua.

“Bella menginginkan sesuatu yang sedap mata memandang, sopan dan tidak berlebihan namun di sebalik kesederhanaannya, tersimpan sebuah cerita yang cukup bermakna,” kongsinya.

Berkongsi lanjut, Zaimi menjelaskan bahawa inspirasi di sebalik rekaan busana tersebut tercetus daripada pengalamannya sewaktu berada di Madinah.

“Inspirasi helaian ini lahir ketika Zaimi dan Hana berada di bumi Madinah, daripada payung-payung yang menaungi perkarangan Masjid Nabawi, hinggalah tikar sejadah di taman Raudhah yang menyimpan seribu rasa.

“‘Tenang’ kami menamakan karya ini. Sebuah lambang perjalanan yang tidak selalu mudah, namun setiap likunya membawa mereka menuju sebuah pengakhiran yang indah, disempurnakan dengan kasih sayang yang tiada penghujungnya,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Bella selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Syed Saddiq dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi Sabtu.

Majlis akad nikah dikendalikan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selaku jurunikah iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan berwalikan bapa Bella Astillah, Awang Astillah Abdullah@ Dullah serta dua orang saksi, Ustaz Syed Abdullah Syed Nordin dan Ustaz Mohd Nizam Md Nor.

Pada hari istimewa itu, Bella dan Syed Saddiq mengenakan busana rekaan pereka fesyen terkenal Zaimi Zulkafli.

Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM500 dengan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan daripada pihak wanita. 


Lebih menarik Bella dan Syed Saddiq menjadi pasangan pertama yang disatukan sebagai suami isteri di bangunan ikonik Malaysia, Merdeka 118 Precinct.

Majlis bertema Islamic Arabic dihadiri 255 jemputan termasuk keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua belah pihak. - Gempak

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved