Perhimpunan bulanan terakhir Anthony Loke di MOT

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 10:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perhimpunan bulanan terakhir Anthony Loke di MOT

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tiba di bangunan Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan buat kali terakhir hari ini, selepas peletakan jawatannya berkuat kuasa malam tadi.

Ketibaan beliau kira-kira 10 pagi itu disambut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha MOT, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan.

Beliau turut menghadiri Majlis Cahaya Madani sempena sambutan Deepavali yang dianjurkan kementerian itu, sekali gus menjadi antara penampilan terakhirnya bersama warga MOT.

Peletakan jawatan Ahli Parlimen Seremban itu berkuat kuasa malam tadi sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya bagi menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah

Anthony sebelum ini menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 September lalu susulan keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah. – KOSMO! ONLINE

The post Perhimpunan bulanan terakhir Anthony Loke di MOT appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved