Perkhidmatan Bas Elektrik Tanpa Pemandu Di Putrajaya Bermula Esok – Tambang RM1 Sehala Dengan 6 Hentian Utama

LocalTechnology
6 Oct 2026 • 4:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas menjalani dua fasa pengujian, bas elektrik autonomi henti-henti Emoovit di Putrajaya akan mula beroperasi dan dibuka untuk dicuba oleh orang ramai mulai esok, 7 Oktober 2026. Inisiatif ini menggabungkan teknologi moden dengan pengangkutan mesra alam sekali gus membuka lembaran baharu dalam sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Image from: Perkhidmatan Bas Elektrik Tanpa Pemandu Di Putrajaya Bermula Esok – Tambang RM1 Sehala Dengan 6 Hentian Utama

Bas ini menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya, maka tiada gas buangan dihasilkan dan pencemaran udara dapat dikurangkan. Berautonomi di sini bermaksud bas bergerak sendiri dengan sistem automatik yang dilengkapi sensor, kamera serta teknologi navigasi pintar tanpa pemandu manusia. Walau bagaimanapun, biasanya masih terdapat pegawai pengawasan atau kawalan jauh untuk memastikan keselamatan perjalanan.

Bas ini pada asasnya berfungsi seperti bas bandar biasa yang berhenti di hentian tertentu sepanjang laluan. Laluan P113 pula merangkumi hentian utama seperti MRT Putrajaya Sentral, Kementerian Kewangan, Istana Kehakiman, Kementerian Belia dan Sukan, Dataran Gemilang serta Kompleks PPJ, sebelum kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral.

Image from: Perkhidmatan Bas Elektrik Tanpa Pemandu Di Putrajaya Bermula Esok – Tambang RM1 Sehala Dengan 6 Hentian Utama

Tambang yang dikenakan hanya RM1 sehala dengan sistem pembayaran nirtunai menggunakan kad debit atau kredit Visa dan Mastercard. Bas ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat sahaja, dan tidak beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum dengan jadual perjalanan tetap pada waktu pagi (7:15 pagi – 10:15 pagi) dan petang (2:45 petang – 5:45 petang).

Image from: Perkhidmatan Bas Elektrik Tanpa Pemandu Di Putrajaya Bermula Esok – Tambang RM1 Sehala Dengan 6 Hentian Utama

Bas elektrik autonomi ini telah diuji sejak tahun 2024, yang juga jelas menandakan langkah penting Malaysia ke arah pengangkutan awam berteknologi tinggi. Putrajaya dipilih menjadi bandar perintis selari dengan trend global bandar pintar. Pada masa ini, masih belum jelas sama ada perkhidmatan ini akan dijadikan tetap atau hanya percubaan dalam tempoh masa tertentu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved