Perlawanan tangguh: NSFC tuntut diberikan menang percuma

FootballSports
22 Aug 2026 • 3:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perlawanan tangguh: NSFC tuntut diberikan menang percuma

SEREMBAN: Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) menuntut diberikan kemenangan bertanding susulan pihak Malaysian Football League (MFL) membuat keputusan menangguhkan perlawanan Liga Super antara pasukan itu dan Kuala Lumpur City FC yang dijadualkan petang ini.

NSFC dalam kenyataan menyatakan kesal dengan situasi yang berlaku pada saat-saat akhir memandangkan segala persiapan telah dibuat sepenuhnya dan ia amat mengecewakan ribuan penyokong yang akan hadir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini.

“Oleh itu, pihak kelab dengan tegas menuntut agar kemenangan secara `walkover’ diberikan kepada NSFC,” katanya.

Kelab bola sepak itu memberitahu, walaupun perlawanan tidak dijalankan, skuad utama NSFC akan tetap mengadakan sesi latihan di stadium pada petang ini.

“Sebagai tanda penghargaan, pihak kelab mengalu-alukan kehadiran para penyokong ke stadium untuk menyaksikan sesi latihan ini secara terbuka,” katanya..

Terdahulu, MFL menerusi kenyataan perlawanan yang dijadualkan pukul 5 petang ini tersebut ditangguhkan selepas menerima permohonan rasmi daripada Kuala Lumpur City berikutan hampir separuh pemain kelab itu disahkan mengalami penyakit influenza.

Tambah MFL, permohonan rasmi itu menyatakan 15 pemain dan dua pegawai pasukan telah mengalami simpton demam, batuk, selsema dan cirit-birit menerusi surat laporan perubatan kepada MFL.

Menurut kelab bola sepak itu, kesemua pemain dan pegawai akan dirujuk ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling untuk rawatan lanjut memandangkan penyakit itu mudah merebak dan memerlukan masa bagi tujuan pemulihan.

“Setelah menilai permohonan serta keadaan yang dihadapi Kuala Lumpur City FC, MFL memutuskan bahawa perlawanan itu tidak dapat dilangsungkan bagi memastikan aspek kebajikan dan kesihatan pemain serta pegawai pasukan diberikan keutamaan.

“MFL bagaimanapun akan membawa perkara ini ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk membuat keputusan mengenai status perlawanan itu dalam masa terdekat,” kata MFL.-UTUSAN.

The post Perlawanan tangguh: NSFC tuntut diberikan menang percuma appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved