Pernah Tular Kisah Dibantu Ketika Sakit, Gadis Ini Pertemukan Bapa Dengan Pakcik Grab

27 Nov 2025 • 11:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, pernah tular mengenai seorang gadis yang berkongsi kisah kebaikan pemandu Grab yang membawanya ke hospital ketika sedang sakit.

Menurut gadis ini yang dikenali sebagai @mirzahiraa di Threads, pada ketika itu dia berjauhan dengan keluarga dan telah memesan e-hailing untuk ke klinik.

Walau bagaimanapun, akibat kekurangan wang dan situasi klinik yang penuh, pakcik Grab itu kemudian membawa gadis ini ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Tidak cukup dengan itu, pakcik ini dikatakan telah melakukan sesuatu di luar jangkaan dengan membeli sarapan buat gadis itu, memberi wang belanja dan sering bertanya khabar akan keadaan terkini gadis ini ketika di hospital.

 

View on Threads

 

Pertemukan ayah dengan pakcik Grab 

Namun perkongsian terbaharu daripada @mirzahiraa ini kembali mendapat perhatian apabila dia memuat naik gambar memaparkan pertemuan di antara keluarganya dan pakcik Grab berkenaan usai majlis graduasi.

Mereka difahamkan bertemu selepas majlis graduasi Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Korang ingat tak pakcik Grab tular sebab tolong saya haritu. Kami berjumpa semula semalam. Lepas je majlis graduation, keluar bawa family jumpa pakcik. 

“Pakcik yang jadi ayah saya untuk sehari akhirnya bertemu dengan ayah saya yang sebenar,” tulisnya.

image is not available

Perkongsian itu telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang terharu melihat pertemuan berkenaan dan mendoakan agar ukhuwah di antara keluarga gadis ini dan pakcik tersebut akan terus berkekalan hingga bila-bila.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.