
Pernah Viral Kata Orang Malaysia Unik, Pelancong Ni ‘Terkedu’ Share Komen Netizen Kita
Baru-baru ini, seorang pelancong lelaki kembali mencuri perhatian netizen apabila videonya mengenai orang Malaysia menjadi perbualan hangat di media sosial.
Sebelum ini, dia pernah tular selepas menyatakan bahawa orang Malaysia sangat unik berbanding masyarakat di negara lain.
Dalam video terdahulu, pelancong itu meluahkan rasa hairan dengan pengalaman yang dirasainya di Malaysia.
Katanya, ia jauh berbeza berbanding lebih 30 negara lain yang pernah dikunjunginya.
“Apa yang buat anda semua berbeza?” soalnya ringkas dalam video pertamanya yang menarik perhatian ramai.
Pelancong ni sedari sesuatu yang lebih besar tentang Malaysia
Selepas menerima banyak respons daripada rakyat Malaysia, pelancong itu kembali dengan video terbaru di TikTok.
Kali ini, dia berkongsi pandangan berdasarkan komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.
“Pernah terfikir kenapa orang Malaysia begitu baik? Saya fikir ia cuma sebab ‘vibes’ sahaja…,” katanya pada awal video.
Namun katanya, selepas meneliti ratusan komen daripada netizen Malaysia, dia menyedari sesuatu yang lebih besar.
“Saya pernah bertanya di TikTok, kenapa anda semua begitu menerima orang lain? Ramai yang memberi jawapan dan sehingga kini masih terus berkongsi pandangan.
“Saya kemudian membuat analisis daripada semua komen itu dan memilih jawapan yang paling banyak disebut,” jelasnya lagi.
Kongsi komen-komen netizen Malaysia
Menurutnya, pertama adalah soal makanan.
“Seorang netizen kata, perut kenyang hati pun senang. Di sini, bila berkongsi makanan, anda sudah dianggap seperti keluarga. Tak perlu diragukan lagi, memang itulah yang berlaku,” katanya.
Kedua, agama dan keimanan. Katanya, ramai orang Malaysia percaya sifat sabar, hormat dan kebaikan sudah sebati kerana ia datang daripada ajaran Islam yang diamalkan secara meluas.
Ketiga, didikan keluarga dan adab.
“Ibu bapa yang tegas di Malaysia sudah mendidik anak-anak tentang adab, iaitu sopan santun, rendah diri dan berbudi bahasa sejak mereka mula pandai berjalan,” katanya berkongsi pandangan netizen.
Keempat, kepelbagaian kaum dan budaya. Katanya, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Semua orang belajar untuk saling menghormati demi hidup bersama dengan aman.
Akhir sekali, yang kelima ialah ‘vibes’. Menurutnya, netizen menyatakan bahawa manusia tidak memerlukan apa-apa untuk bersikap baik.
“Dan di sini, orang betul-betul mengamalkannya. Saya sudah mengembara ke lebih 30 buah negara, mungkin lebih, tetapi saya tidak pernah merasakan tahap penerimaan seperti yang saya alami di Malaysia,” katanya.
@terrypernell Why are Malaysians so kind? It’s not just vibes, it’s culture. Food, faith, parenting, diversity… it all shows up in how people treat you. I’ve never felt this safe and accepted anywhere else. #travelwithterryp #visitmalaysia2026 #MalaysiaKindness #MalaysianCulture
Malaysia membuatnya rasa selamat & dihargai
Pelancong itu menutup videonya dengan ucapan terima kasih yang ikhlas kepada rakyat Malaysia kerana melayannya dengan begitu baik sepanjang berada di sini.
“Orang Malaysia benar-benar buat saya rasa selamat, dialu-alukan dan dihargai hanya dengan menjadi diri saya sendiri.
“Saya sangat hargai itu, Malaysia. Betul-betul, saya memang sangat menghargainya,” katanya.
Sumber: TikTok @terrypernell
The post Pernah Viral Kata Orang Malaysia Unik, Pelancong Ni ‘Terkedu’ Share Komen Netizen Kita appeared first on Siakap Keli.




