Perniagaan teknologi tingkatkan hasil Axiata, Phillip Capital unjur dividen berpotensi naik 10%

LocalBusiness & Finance
11 Aug 2026 • 12:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Perniagaan teknologi tingkatkan hasil Axiata, Phillip Capital unjur dividen berpotensi naik 10% Image from: Perniagaan teknologi tingkatkan hasil Axiata, Phillip Capital unjur dividen berpotensi naik 10% amree11/08/2026 - 12:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 11 OgosAxiata Group Berhad dijangka meraih manfaat daripada peningkatan sumbangan segmen perniagaan teknologi dan pertumbuhan dividen yang mampan, menurut Phillip Capital.

 

Firma penyelidikan itu namun mengingatkan risiko tekanan mata wang serantau serta kos integrasi penggabungan XLSmart di Indonesia masih menjadi cabaran kepada prestasinya dalam jangka pendek.

 

Secara keseluruhan, ia menjangkakan teknologi menyumbang lebih besar, dengan campuran perniagaan telekomunikasi kepada teknologi berubah daripada 90:10 ketika ini kepada 80:20 menjelang 2028.

 

"Perniagaan analitik, data dan kecerdasan buatan (AI) Axiata dijangka berkembang, manakala Boost Bank memacu pengembangan dengan buku pinjaman melonjak empat kali ganda," kata Phillip Capital.

 

Kumpulan itu sedang menumpukan usaha meningkatkan skala Boost Bank dan memperkukuh prestasi, dengan peluang penjanaan nilai akan diterokai apabila ia mencapai tahap kematangan secara lebih kukuh.

 

Bagi prestasi 2Q26, firma itu menjangka keuntungan bersih teras kumpulan kekal mendatar berbanding suku sebelumnya pada sekitar RM170 juta, berbanding RM168 juta pada 1Q26 dan RM97 juta pada 2Q25.

 

Axiata_DagangNews2026

 

Pemulihan Robi di Bangladesh kata Phillip Capital dijangka berterusan susulan penjanaan data lebih kukuh dan peningkatan penggunaan 4G, manakala Dialog di Sri Lanka mengekalkan pertumbuhan Axiata.

 

"Bagaimanapun, prospek dijangka sebahagian diimbangi tekanan pertukaran asing (forex) dan sumbangan rendah Link Net susulan segmen perniagaan kepada pengguna berpindah ke atas XLSmart," jelasnya.

 

Dalam pada itu, XLSmart dijangka mencapai sinergi menjelang akhir 2026, dengan 80% daripadanya berikutan penjimatan berkaitan rangkaian termasuk sewaan menara, gentian dan kos operasi rangkaian.

 

Purata hasil bagi setiap pengguna (ARPU) mudah alih XLSmart turut menunjukkan momentum positif, manakala Axiata menjangkakan trend meningkat pada separuh kedua 2026 apabila 5G semakin meluas.

 

Ujar Phillip Capital, walaupun XLSmart pernah menyasarkan pertumbuhan hasil dua digit pada 2026, keuntungan dijangka tertekan oleh kos integrasi penggabungan sebelum mencapai keuntungan pada 2027.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' dan harga sasaran (TP) 12 bulan RM2.78 berdasarkan kaedah jumlah bahagian (SOP) dengan sahamnya didagangkan 30 kali nisbah harga kepada pendapatan (P/E)," katanya.

 

Axiata turut dijangka menawarkan pertumbuhan dividen 10% setahun mulai 2026, dengan unjuran dividen sesaham 13 sen bagi 2026 hingga 2028 yang memberikan hasil dividen sekitar 6.8%. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved